Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Program sukan mampu cungkil, lahirkan atlet berbakat
  • SUKAN

Program sukan mampu cungkil, lahirkan atlet berbakat

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Dr Richard Rapu merakam kenangan bersama para peserta Kejohanan Bola Baling MSS Bahagian Betong di Gelanggang Futsal Spaoh, semalam. Foto Ahli Parlimen Betong

SPAOH: Pelbagai program dan penganjuran kejohanan sukan mampu mencungkil dan melahirkan atlet berbakat yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkat melalui pelbagai program pembangunan sukan, bakat para peserta terutamanya pelajar di peringkat sekolah dapat dikenal pasti dan digilap untuk menjadi atlet yang mewakili daerah, bahagian dan Sarawak amnya dalam pelbagai acara sukan.

“Seperti contoh, penganjuran temasya sukan peringkat sekolah-sekolah, ia tidak hanya memberi peluang kepada atlet mengetengahkan bakat, tetapi juga landasan terbaik untuk mencungkil bakat baharu yang boleh mewakili daerah, bahagian atau negeri ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, secara tidak langsung melalui kejohanan ini akan dapat menyaksikan bakat baharu yang berpotensi dalam kalangan pelajar. 

“Kita percaya akan ada atlet baharu berbakat. sekali gus dapat membentuk skuad pelapis Sarawak bagi menghadapi kejohanan lebih mencabar seperti Sukan Malaysia (Sukma) pada masa akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penutupan Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong di Gelanggang Futsal Spaoh, semalam.

Sementara itu, beliau mahu setiap pelajar sekolah untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah amnya, bagi menonjolkan bakat masing-masing dalam bidang sukan yang diceburi.

“Ambil peluang ini sebagai batu loncatan untuk mengasah bakat anda, agar pihak sekolah mampu melatih anda untuk menjadi atlet yang berkebolehan bagi mewakili sekolah, daerah ataupun negara satu masa kelak, seperti atlet-atlet lain yang telah membanggakan nama negara,” tambahnya.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu telah menghimpunkan sebanyak lapan pasukan peringkat sekolah menengah dan lapan pasukan peringkat sekolah rendah dari seluruh Bahagian Betong. 

“Syabas kepada semua yang bertanding dan setinggi-tinggi penghargaan buat para guru, urus setia serta penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat seperti ini terus subur dalam kalangan generasi muda kita,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin tumbang
Next: BAC 2025: Aaron-Wooi Yik tempah slot ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.