Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Mantar Gawai APM Daerah Lubok Antu disambut meriah
  • WILAYAH

Program Mantar Gawai APM Daerah Lubok Antu disambut meriah

Utusan Sarawak 11 months ago
PARA tetamu mengabdikan kenangan pada Program Mantar Gawai anjuran APM Lubok Antu di Rumah Panjang Kaong Ili, Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Kemeriahan sambutan Hari Gawai masih terasa dalam kalangan penduduk di kawasan daerah ini sejak diraikan pada 1 Jun lepas.

Antara yang mengadakan Program Mantar Gawai bertempat di Rumah Panjang Kaong Ili, baru-baru ini ialah Kelab Rekreasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu.

Jurucakapnya memberitahu, beberapa acara telah diselitkan bagi memeriahkan program yang dianjur  secara bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Gawang. Kaong Ili itu.

Antara acara yang diselit dalam program berkenaan, katanya, adalah pertandingan ‘Batak Lampung’, tarik tali, pertandingan fesyen ‘Mak Nyah’ (pondan), pertandingan minum Air Tuak, cabutan bertuah dan jamuan makan.

“Penganjuran program berkenaan adalah merupakan satu inisiatif kami untuk merapatkan hubungan antara APM dengan penduduk di kawasan luar bandar Lubok Antu.

“Dengan adanya program seperti ini maka hubungan kerjasama antara APM dan penduduk dapat diwujudkan ke arah memudahkan lagi urusan mengendali hal kecemasan di penempatan mereka,” kata beliau.

Justeru, APM Lubok Antu katanya berharap agar program seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan dengan penduduk dinasihat agar sentiasa berwaspada sepanjang peralihan monsun pada waktu sekarang. 

Hadir sama Kapten Bersekutu (PA) Abang Suhaimi Abang Mohamad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan (PA) Kamal Bujang.

Hadir sama, Leftenan Muda (PA) Muhammad Khairul Mukmin Ahmad Muhaimin dari POLIMETrO Betong, Setiausaha Khas Ahli Parlimen Lubok Antu Zainie Aji dan Tuai Rumah Gawang.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: 16 organisasi DUN Simanggang terima cek peruntukan MRP
Next: BSMM Sri Aman peroleh 60 pin darah melalui penganjuran kempen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.