Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kesedaran Bas Pintar dedah pelajar pengalaman sebenar guna pengangkutan awam
  • Utara
  • WILAYAH

Program kesedaran Bas Pintar dedah pelajar pengalaman sebenar guna pengangkutan awam

Utusan Sarawak 1 day ago
HADIR…Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin menyampaikan penerangan kepada pelajar SMK Lopeng Tengah mengenai penggunaan Bas Pintar sempena Program Kesedaran dan Pengalaman Menaiki Bas Pintar Miri untuk Pelajar di Miri hari ini.

MIRI: Kementerian Pengangkutan meneruskan usaha membudayakan penggunaan pengangkutan awam menerusi Program Kesedaran dan Pengalaman Menaiki Bas Pintar Miri untuk pelajar di sini , yang memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan bas pintar.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program yang diadakan untuk pelajar SMK Lopeng Tengah  itu bertujuan memperkenalkan perkhidmatan bas pintar kepada pelajar dan guru agar mereka lebih yakin menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, program tersebut kini memasuki siri keempat dan akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain di  sini bagi memastikan lebih ramai pelajar memahami cara menggunakan perkhidmatan bas pintar.

UNTUK ALBUM…Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin merakamkan gambar kenangan bersama guru dan pelajar semasa menaiki bas pintar di Miri,hari ini.

“Ketika ini terdapat 14 buah bas pintar baharu beroperasi di Miri dan perkhidmatan ini disediakan secara percuma bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.

“Kita mahu membentuk budaya menggunakan pengangkutan awam sejak di bangku sekolah kerana ia mampu membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya di pusat bandar, selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kesedaran Penggunaan Bas Pintar Miri dan Pengalaman Menaiki Bas Untuk Pelajar di Miri di SMK Lopeng Tengah di sini, hari ini.

Lee berkata, pelajar turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi bas pintar yang membolehkan mereka mengetahui lokasi bas, anggaran masa ketibaan serta laluan perjalanan secara masa nyata.

Menurutnya, bas pintar turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), kemudahan Wi-Fi percuma dan ruang yang selesa bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Beliau berharap pendedahan awal kepada pelajar dan guru akan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus menyokong usaha kerajaan mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih mampan dan mesra alam di Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Bengkel sulaman manik dan labuci perkasa wanita Kenyah, lestarikan warisan kraf Sarawak
Next: 189 pemilik terima surat hak milik tanah, 39 lagi terima TOL di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.