Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program JIWA@Kelab Malaysiaku beri impak positif kepada pelajar
  • PENDIDIKAN

Program JIWA@Kelab Malaysiaku beri impak positif kepada pelajar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man, ketika hadir ke majlis perasmian Program JIWA@Kelab Malaysiaku di SMK Chung Hua, Miri, semalam.
Foto Adum Liu

MIRI: Program JIWA@Kelab Malaysiaku yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri membawa pelbagai pengisian penting yang memberi impak besar kepada para pelajar.

Program ini bertujuan memberi penjelasan dan pemahaman lebih mendalam berkaitan nilai-nilai kenegaraan yang sangat bertepatan dengan aspirasi negara serta keperluan semasa generasi muda.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, berkata dalam usaha membina sebuah negara yang stabil dan progresif, semangat cinta kepada negara, kesetiaan kepada raja dan perlembagaan, semangat perpaduan, dan rasa tanggungjawab sebagai rakyat perlu terus dipupuk, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Ini adalah asas kepada pembentukan warganegara yang matang, bertanggungjawab, dan bersatu padu. Patriotisme bukan sekadar rasa cinta kepada tanah air, tetapi harus dizahirkan melalui tindakan.

“Ia bermula dengan perkara asas seperti menghormati Jalur Gemilang, berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan, dan memahami sejarah serta perjuangan membina Malaysia.

“Ini adalah nilai-nilai yang perlu disemai sejak di bangku sekolah agar menjadi sebahagian daripada jati diri setiap rakyat Malaysia,” katanya pada majlis perasmian program tersebut.

Chiew juga menjelaskan bahawa program ini memperkenalkan secara lebih mendalam konsep Malaysia MADANI, yang berteraskan enam nilai utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan.

“Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, ia adalah hala tuju untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang antara pembangunan fizikal dan rohani, serta mengangkat nilai kemanusiaan dan kesaksamaan dalam kehidupan bernegara,” jelasnya.

Katanya lagi, program ini juga bertujuan melahirkan generasi muda yang cintakan negara dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Nilai seperti integriti, hormat-menghormati, semangat muhibah, kejujuran, dan tanggungjawab sosial harus dipraktikkan sejak di bangku sekolah lagi,” ujarnya.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SPM 2024: Gred Purata Kebangsaan (GPK) terbaik sejak 2013
Next: PM Anwar ucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang SPM 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.