Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PRK Jepak: Tiada pusat mengundi awal dibuka 31 Oktober ini
  • WILAYAH

PRK Jepak: Tiada pusat mengundi awal dibuka 31 Oktober ini

Utusan Sarawak 2 years ago
PEGAWAI Pengurus PRK DUN Jepak
Abang Zainuddin Abang Turkey

BINTULU: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober ini sebagai tarikh pengundian awal.

Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey berkata, ini kerana kesemua 43 anggota polis yang mengundi awal pada PRK terbabit, mengundi melalui saluran undi pos.

“Tiada pusat pengundian awal akan dibuka, cuma undi pos sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi simulasi proses penamaan calon PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Susulan pengumuman berkenaan, jumlah pusat undi untuk PRK DUN Jepak menjadi 14 daripada 15 sebelum ini.

PRK DUN Jepak diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip akibat komplikasi buah pinggang pada 15 September lalu.

Talib, 72, adalah penyandang kerusi itu selama enam penggal sejak 1996.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon esok, manakala pengundian pada 4 November nanti.

PRK Jepak adalah yang pertama diadakan di negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang diadakan pada 18 Disember 2021.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Isu kekurangan bekalan minyak diesel di Bintulu akan pulih
Next: PRK Jepak: 9 set borang penamaan calon dijual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.