Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini – PM
  • SEMASA

Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini – PM

Utusan Sarawak 6 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perjumpaan Dua Hala bersama Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Dewan Tupac Amaru di Istana Kerajaan di Lima, Peru, hari ini. Lawatan Anwar dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 November, dijangka mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru. FotoBERNAMA

LIMA (Peru): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra telah menerima jemputan beliau untuk berkunjung ke Malaysia dan akan berbuat demikian pada akhir tahun depan.

“Saya telah menjemput Presiden Dina Ercilia untuk berkunjung ke Malaysia dan beliau menerima jemputan saya,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin itu di Istana Kerajaan di sini, semalam.

Beliau juga berkata mesyuarat itu adalah susulan pertemuan pertama mereka di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022. 

Lawatan Anwar, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 November, dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru.

Peru, sebuah negara di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur.

Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 300,000 kanak-kanak dan remaja merokok di negara ini
Next: TikTok beri jaminan jalin kerjasama dengan MCMC, BNM tangani buli siber, ancaman scam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.