Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan Duta Besar Peru, Mexico
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan Duta Besar Peru, Mexico

Utusan Sarawak 6 months ago

Duta Besar Republik Peru ke Malaysia, Ricardo Estanislao Morote Canales ketika mengunjungi Abang Johari. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kunjungan pertama melibatkan Duta Besar Republik Peru ke Malaysia, Ricardo Estanislao Morote Canales dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Luis Javier Campuzano Pina.

Dalam kunjungan pertama, Ricardo membincangkan beberapa inisiatif termasuk kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan universiti terkemuka Peru dalam tiga bidang utama iaitu biodiversiti dan perlindungan hutan hujan, penyelidikan tenaga hijau bagi menggantikan bahan api fosil serta bagaimana menangani penyakit tropika seperti denggi.

Ricardo turut mencadangkan pameran budaya orang asli dari Peru yang memiliki lebih daripada 93 kumpulan etnik untuk mempromosikan integrasi budaya dan pengetahuan tradisional, termasuk ubat-ubatan herba.

Kunjungan kedua pula melibatkan Duta Besar Mexico, Luis Javier Campuzano Pina, yang menekankan potensi kerjasama dalam sektor tenaga, teknologi, digital, dan e-dagang.

Beliau turut menyatakakan hubungan perdagangan kukuh antara Malaysia dan Mexico, dengan nilai dagangan melebihi AS$15 bilion pada 2022, menjadikan Mexico sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Amerika Latin.

Kedua-dua kunjungan ini membuka peluang baharu untuk memperkukuhkan hubungan Sarawak dengan negara Amerika Latin dalam pelbagai bidang strategik.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: 5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN  
Next: Prapelancaran Pesta Benak Sri Aman 2024 meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.