
LAWAS: Pertubuhan Pergerakan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas disifatkan sebagai antara yang terbaik dalam membawa wawasan pembangunan di Sarawak.
Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, berkata PPWS Daerah Lawas perlu terus peka dan bergerak seiring dengan agenda pembangunan Pasca COVID-19 yang digariskan oleh kerajaan negeri.

“Kita amat gembira kerana PPWS di Lawas ini telah membuktikan mereka sebagai petubuhan yang aktif dan bergerak bersama dengan agenda pembangunan kita di Lawas.
“Mereka ini mempunyai bakat yang berbagai dan inilah semangat yang kita mahu daripada para wanita di Lawas,” katanya sewaktu menghadiri majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di Bangunan PPWS Lawas hari ini.
Bagi menyokong aktiviti PPWS Daerah Lawas Henry Sum mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10, 000 untuk PPWS Daerah Lawas tahun ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengerusi PPWS Lawas Suriyah Jinin, Persatuan Pengusaha Wanita Negara Brunei Amma Puasa dan kenamaan tempatan lainnya.
Oleh Adeng Edrus