Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPV Dewan Sri Krian terima sumbangan komputer
  • TEMPATAN

PPV Dewan Sri Krian terima sumbangan komputer

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK MU… Datuk Abdul Wahab Aziz ketika menyampaikan komputer riba kepada John Party Duat di PPV Dewan Sri Krian, Saratok baru-baru ini.

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz baru-baru ini telah menyumbang sejumlah dua unit komputer riba kepada pihak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Krian di sini baru-baru ini.

Tujuan utama komputer berkenaan disumbang adalah untuk membantu kelancaran operasi PPV Dewan Sri Krian dalam memberi suntikan vaksin Covid-19 untuk individu berkelayakan di kawasan ini.

Kedua-dua komputer berkenaan telah pun disampaikan oleh beliau kepada wakil petugas kesihatan di PPV tersebut iaitu John Party Duat menerusi upacara ringkas bagi tujuan itu di pusat berkenaan.

Selain sumbangan komputer, seorang Ketua Masyarakat Cina di sini iaitu Pemanca Lim Guan Ann juga turut mengambil kesempatan menyerahkan makanan dan minuman untuk kegunaan petugas di PPV tersebut.

Beliau sebelum ini juga pernah menyumbang makanan dan minuman untuk PPV Dewan Sri Krian dengan tujuan utamanya adalah untuk membakar semangat kepada para petugas bagi melaksana tanggungjawab melindungi penduduk di sini daripada Covid-19.

“Saya berharap agar rakyat kita terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan berhubung isu ini kerana ia dibuat demi keselamatan nyawa kita dan bukan kepentingan diri semata-sama,” kata Lim.

Hadir sama bagi menyaksikan upacara ringkas penyerahan komputer dan sumbangan makanan  di PPV berkenaan adalah Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Mohamad Duri.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Raja Darat Lawan Raja Brooke
Next: Fokus kepada pembangunan Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.