Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS lancar ‘Jeriji Besi: Erti Sebuah Kehidupan’
  • Tengah
  • WILAYAH

PPS lancar ‘Jeriji Besi: Erti Sebuah Kehidupan’

Utusan Sarawak 4 months ago
RASMI… Mohd Rusli Abd Rahman (dua kiri) merasmikan pelancaran Program Ceramah Motivasi Bulanan Prospek ‘Jeriji Besi: Erti Sebuah Kehidupan’ di Perpustakaan Mini Penjara Pusat Sibu.

SIBU: Penjara Pusat Sibu (PPS) telah melancarkan Program Ceramah Motivasi Bulanan bertajuk ‘Jeriji Besi: Erti Sebuah Kehidupan’, di Perpustakaan Mini PPS, baru-baru ini.

Program melibatkan penceramah jemputan akan diadakan setiap bulan pada minggu terakhir bermula Januari 2025.

Program tersebut melibatkan prospek PPS dan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai erti kehidupan dan perubahan diri yang lebih positif apabila dibebaskan kelak.

Semasa program, sesi ceramah disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Remey William Minggu, yang berkongsi pandangan tentang cara-cara untuk mengubah perspektif hidup, mengatasi kesulitan dan memperbaiki diri apabila berada di luar kelak.

Ceramah ini memberi motivasi kepada para prospek untuk merenung kembali akibat tindakan mereka dan apakah peluang yang memberi harapan bagi perubahan positif selepas pembebasan.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah PPS, Mohd Rusli Abd Rahman dalam ucapannya menekankan pentingnya program pembangunan diri secara berterusan seperti ini untuk membantu prospek memperbaiki diri dan mempersiapkan mereka untuk kembali ke dalam masyarakat dengan lebih baik.

Program ini yang melibatkan 20 prospek telah dikelolakan oleh Unit Pengurusan Psikologi PPS diketuai Ketua Unit Pengurusan Psikologi PPS Azrol Adenan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PPS, Mohd Hidayat Ismail serta Ketua Bahagian Korektif, Celestine Jubang Paul.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Elvis Didit kini Residen Bahagian Kapit
Next: Majlis Khatam al-Quran SK Kuala Matu meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.