Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPS Kuching ditutup sepenuhnya
  • TEMPATAN

PPS Kuching ditutup sepenuhnya

Utusan Sarawak 4 months ago
PETUGAS melakukan pembersihan di PPS Dewan Haji Kamaruddin selepas pusat pemindahan itu ditutup pada 3.00 petang.

KUCHING: Situasi banjir di Daerah Kuching semakin pulih dengan kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup sepenuhnya.

Menurut laporan terkini yang dikemaskini pada 4.00 petang hari ini, PPS Dewan Haji Kamaruddin, Kampung Segedup dan PPS SK Sejijak telah ditutup pada jam 3.00 petang selepas semua mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Penutupan PPS ini menandakan keadaan banjir di Daerah Kuching semakin baik, dengan paras air dilaporkan semakin surut dan cuaca bertambah baik.

Pihak berkuasa terus menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk serta menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mereka yang terjejas.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bencana: Abang Johari hargai bantuan semua pihak
Next: Kerosakan akibat banjir besar di Bintulu dinilai secara menyeluruh – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.