Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPS di Trusan tutup
  • TEMPATAN
  • WILAYAH

PPS di Trusan tutup

Utusan Sarawak 2 months ago
OPERASI TAMAT… Anggota APM, RELA dan yang lain memunggah barangan dan membersihkan PPS yang ditutup sepenuhnya di Trusan, Lawas.

LAWAS: Jawatankuasa Bencana Daerah Lawas menutup tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Trusan.
Penutupan berkenaan diumumkan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok dalam satu kenyataan hari ini.
PPS yang terlibat termasuk PPS Dewan Masyarakat Trusan, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang.
Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan kerja pembersihan PPS telah dilakukan bersama agensi bertanggungjawab iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lawas.
Terdahulu, tiga PPS dibuka di Trusan yang melibatkan pemindahan 139 mangsa banjir daripada lapan kampung di Trusan pada Sabtu lepas.

OLEH ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Banjir: Akses jalan ‘lumpuh’, terputus hubungan
Next: Tambang baharu BAS.MY berkuat kuasa esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.