TATAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli di Muput secara rasmi ditutup pada jam 10 pagi tadi atas nasihat Komander Operasi Bencana dan Penolong Komander Operasi Bencana Daerah Tatau.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau yang juga Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Endawie @ Bujang dalam satu kenyataan mengingatkan semua agensi yang terlibat agar mengambil maklum mengenai penutupan PPS tersebut.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam pengoperasian pusat pemindahan berkenaan.
Oleh Carolyne Utih