Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Potret Winston Churchill dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali  
  • GLOBAL

Potret Winston Churchill dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali  

Utusan Sarawak 8 months ago
POLIS memaklumkan bahawa potret itu didapati dijual melalui rumah lelong di London kepada seorang pembeli di bandar Genoa, utara Itali.

NEW YORK: Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini, menurut pihak berkuasa Kanada hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Potret “The Roaring Lion”, sebuah hasil fotografi oleh Yousuf Karsh, dilaporkan dicuri dari Fairmont Château Laurier pada Ogos 2022, kata polis Ottawa dalam satu kenyataan.

Polis memaklumkan bahawa potret itu didapati dijual melalui rumah lelong di London kepada seorang pembeli di bandar Genoa, utara Itali.

Kedua-dua individu itu tidak menyedari bahawa karya itu dicuri.

Seorang lelaki berusia 43 tahun dari wilayah Ontario, Kanada ditahan pada April dan didakwa atas kesalahan mencuri serta menjual potret itu.

Perkhidmatan Polis Ottawa menjelaskan bahawa pembeli potret itu akan “menyerahkan potret itu secara rasmi kepada Perkhidmatan Polis Ottawa di Rom akhir bulan ini.”

Potret “The Roaring Lion” akan dipamerkan semula sebagai “potret bersejarah yang terkenal” di Fairmont Château Laurier. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: WHO, BPOM luluskan vaksin Mpox untuk Indonesia
Next: Kru SpaceX Polaris Dawn bersedia untuk laluan angkasa lepas bersejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.