Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Positif Covid-19, pasangan Indonesia ditahan
  • TEMPATAN

Positif Covid-19, pasangan Indonesia ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Pasangan tersebut yang dijumpai di tepi jalan.

KUCHING: Pasangan warga Indonesia yang dikesan positif Covid-19 di sebuah rumah kongsi telah ditangkap pada kira-kira jam 11.15 malam pada Khamis lalu.

Komisioner Polis Sarawak, Dato’ Aidi Ismail di dalam satu kenyataan berkata pasangan tersebut dijumpai di satu kawasan perumahan di Jalan Matang Baru.

Darussalam dan Hasanah telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Sebelum ini pasangan tersebut, telah menjalani saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan pada 16 Jun untuk pekerja sektor pembinaan dan apabila pegawai kementerian cuba mengesan pasangan ini selepas ujian saringan, mereka didapati hilang.

Pihak polis telah cuba mengesan pasangan ini menerusi bantuan dari pihak media.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau
Next: Elak gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.