Populasi Jepun turun di bawah 120 juta buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan. Foto Agensi

TOKYO: Populasi Jepun menyusut kepada 119,736,483 penduduk pada awal tahun ini, menjadikannya kali pertama jumlah penduduk negara itu turun di bawah 120 juta dalam tempoh 42 tahun, menurut kerajaan hari ini, sekali gus menyerlahkan cabaran yang dihadapi negara itu dalam menangani kadar kelahiran yang semakin merosot.

Angka setakat 1 Januari 2026 itu menunjukkan penurunan sebanyak 917,000 penduduk berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus mencatatkan penyusutan terbesar sejak data seumpamanya mula direkodkan pada 1968, lapor Kyodo News yang memetik data Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.

Sementara itu, jumlah penduduk asing meningkat sebanyak 354,000 kepada rekod 4,031,159 penduduk. Kementerian itu mula mengumpulkan data berkaitan pada 2013. – Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara