Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis temukan anggota badan Ahli Parlimen Bangladesh dibunuh di India
  • GLOBAL

Polis temukan anggota badan Ahli Parlimen Bangladesh dibunuh di India

Utusan Sarawak 12 months ago
MENTERI Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan memberitahu pemberita bahawa tiga warga Bangladesh telah ditangkap atas kematian Anwarul Azim Anar.

NEW DELHI: Anggota badan yang disyaki milik seorang ahli parlimen Bangladesh yang dibunuh semasa lawatan ke India, telah ditemukan dalam tangki septik di Kolkata.

Anwarul Azim Anar, 56, ahli parti pemerintah Liga Awami, dibunuh di sebuah apartmen baru-baru ini dan mayatnya dikerat, menurut laporan media India dan Bangladesh.

Pakaian mangsa yang berlumuran darah ditemukan di apartmen di Sanjeeva Garden, sebuah blok kediaman mewah di kawasan New Town, Kolkata.

Polis telah menemukan beberapa bahagian badan yang disyaki milik Anar, dalam tangki septik di Sanjeeva Gardens, lapor akhbar Bangladesh, Business Standard, menurut seorang anggota pasukan penyiasat Bangladesh yang melawat tempat kejadian di negeri Bengal Barat di India Timur.

Anar dilaporkan hilang sehari selepas beliau bertolak ke Bengal Barat pada 12 Mei. Beliau keluar untuk berjumpa doktor pada 13 Mei tetapi tidak kembali.

Ahli parlimen yang telah berkhidmat selama tiga penggal itu telah berhubung dengan keluarga dan ahli parti pada dua hari pertama perjalanannya tetapi tidak dapat dihubungi pada 14 Mei.

Beliau dilaporkan hilang pada 18 Mei oleh ahli keluarganya.

Pembunuhan Anar telah digambarkan sebagai “kejam dan sadis” oleh ketua Jabatan Detektif Polis Bangladesh, Mohammad Harunur Rashid, yang berada di India untuk menyiasat kes itu.

Seorang tukang daging, yang dilaporkan sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh, adalah seorang daripada suspek pembunuhan dan kini berada dalam tahanan polis India.

Tiga suspek telah ditangkap di Bangladesh berkaitan kes berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Juruterbang cedera parah pesawat F-35 terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque
Next: Xinjiang rai penerbangan pertama tanpa visa dari Georgia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.