Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan wanita terlibat penipuan pelaburan emas
  • JENAYAH

Polis tahan wanita terlibat penipuan pelaburan emas

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan seorang wanita warga tempatan yang dikaitkan dengan kegiatan penipuan pelaburan emas “PA Jewellery” dan “Paddy Jewellery” ditahan semalam.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berumur 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebaik tiba dari Dubai.

Selain wanita itu, beliau berkata empat lagi individu lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan terbabit, turut ditahan.

“Kesemua empat individu itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 29 hingga 38 tahun ditahan berasingan di beberapa lokasi di sekitar Kedah dan Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Okt lepas.

“Turut dirampas ialah enam telefon bimbit pelbagai jenama dan satu pasport Malaysia. Kesemua yang ditahan telah direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata hingga kini, sejumlah 69 laporan polis telah diterima berkaitan penipuan pelaburan itu melibatkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM48.5 juta.

“Siasatan mendedahkan skim pelaburan ini menawarkan lima pakej pelaburan dengan pulangan berdasarkan harga emas semasa dan pelabur yang berminat diarah membuat bayaran ke akaun syarikat Paddy Jewellery dan Paddy Legacy.

“Bagaimanapun, pelabur tidak menerima pulangan seperti dijanjikan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Ramli menasihati mana-mana individu yang mungkin telah menyertai skim pelaburan ini untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Anak kapal dihukum cederakan teman wanita
Next: Lelaki didenda RM2,000 milik senapang patah, peluru hidup tanpa lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.