Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan suspek kes curi rim motosikal di Kuching
  • JENAYAH

Polis tahan suspek kes curi rim motosikal di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
LELAKI tempatan berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes curi rim motosikal.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun bagi membantu siasatan kes curi rim motosikal di kawasan Jalan Mahkamah Lama di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching Alexson Naga Chabu berkata suspek ditahan oleh Team Lejang kira-kira 1.15 petang pada 6 Mei di kawasan Simpang Tiga.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 2 Mei berhubung kejadian curi rim motosikal tersebut.

“Polis turut berjaya merampas sebuah motosikal serta beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini,” katanya.

POLIS merampas sebuah motosikal.

Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kegiatan curi tersebut. Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan bermotor yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Alexson berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Sudianta Deya di talian +60 19-8492500 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan miliki rekod lampau ditahan bersama dadah di Betong
Next: Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan dadah berasingan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.