Suspek curi di Jalan Mahkamah positif dadah, dua lagi lelaki turut ditahan

Facebook
WhatsApp
TIGA penagih dadah ditahan oleh pihak polis dalam dua kes berasingan. Foto IPD Meradong

BINTANGOR, 22 November: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian di sebuah kedai runcit di Jalan Mahkamah didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kira-kira 11.00 pagi pada 19 November lalu.

“Suspek tangkapan ini seterusnya dibuat saringan urin dan didapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih dijalankan bersabit kes curi di sebuah kedai runcit di Jalan Mahkamah,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Tansli berkata, semakan mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Dalam kes berasingan pada hari sama, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 24 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 2.30 petang oleh pasukan petugas khas IPD Meradong ketika menjalankan Op Tapis Khas.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong, didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, semakan rekod lampau turut mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu rekod berkaitan jenayah dadah.

Secara keseluruhan, tiga lelaki berusia antara 23 hingga 24 tahun ditahan dalam dua kes berasingan pada 19 November lalu dan kesemuanya didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Tansli menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memainkan peranan membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di Daerah Meradong.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Dua lelaki positif dadah ditahan di Bau

BAU, 20 November: Dua lelaki ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di