Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis siasat kes simbah cecair merah, dipercayai ugutan along tersalah sasaran
  • JENAYAH

Polis siasat kes simbah cecair merah, dipercayai ugutan along tersalah sasaran

Utusan Sarawak 6 hours ago
RUMAH dan kereta mangsa disimbah cat merah.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 41 tahun berdepan detik cemas apabila rumah dan kenderaannya disimbah cecair merah dalam kejadian awal pagi semalam, dipercayai berkaitan dengan ugutan pemberi pinjaman wang tanpa lesen (along) yang tersalah sasaran.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Barry William, berkata laporan dibuat pada 7.20 pagi oleh mangsa selepas kejadian di kediamannya di Kampung Baru.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sekitar 6.50 pagi, ketika membuka pintu rumah untuk keluar bekerja, mangsa mendapati kesan cecair merah pada pintu hadapan rumah serta di bahagian sisi kenderaannya.

“Mangsa turut menemui sekeping nota mengandungi ugutan dan tuntutan bayaran hutang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, nota berkenaan memberi amaran supaya hutang diselesaikan segera, jika tidak tindakan membakar harta benda akan diambil.

Bagaimanapun, mangsa menafikan mengenali individu yang dinamakan dalam nota tersebut dan menyatakan tidak pernah membuat pinjaman dengan mana-mana pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Polis percaya kejadian ini berkemungkinan tersalah sasaran kerana mangsa tiada kaitan dengan individu yang dinamakan dalam nota ugutan itu,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada suspek dikenal pasti dan tiada rampasan dibuat. Kerugian dianggarkan kecil, kira-kira RM50, dan tiada kerosakan pada rumah atau kenderaan kerana kesan cecair telah dibersihkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Nota ugutan akan dihantar ke Unit Forensik untuk dianalisis, manakala bantuan teknikal turut dipohon. Polis sedang giat mengesan suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kes jenayah komersial meningkat hampir 13 peratus suku pertama 2026
Next: Suspek kes langgar lari penunggang basikal maut di Jalan Stutong serah diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.