Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis rampas dadah bernilai RM4.6 juta
  • JENAYAH

Polis rampas dadah bernilai RM4.6 juta

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini. Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih serta merampas 44 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM4.6 juta dalam empat serbuan berasingan di daerah Manjung. FOTO BERNAMA

IPOH: Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 44 kilogram (kg) yang bernilai RM4.6 juta dalam empat serbuan berasingan di daerah Manjung.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan kekasihnya berusia 24 tahun yang kedua-duanya penganggur di sebuah rumah di Simpang Tiga, Sitiawan pada 7.30 malam Isnin lepas.

“Hasil pemeriksaan menemukan dadah Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di dalam rumah dan turut menemukan dadah jenis sama seberat 15.6kg di sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Noor Hisam berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Sejati, Sitiawan pada 8.55 malam hari yang sama dan merampas dadah ketamin dan Eramin 5 dengan berat keseluruhan 127 gram (g).

Beliau berkata dengan dipandu arah ketiga-tiga suspek, pihaknya menemukan dadah MDMA seberat 11.4kg serta ketamin seberat 299g di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan dadah serta turut merampas wang tunai RM970 pada 7.19 pagi Selasa lepas.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah Erimin 5 serta mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Noor Hisam berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak Mac lepas dan dadah berkenaan untuk kegunaan 90,516 penagih di sekitar negeri itu.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama seminggu sejak Selasa lepas hingga 12 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Noor Hisam berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah hotel di Jalan Mohamad dekat Sitiawan kira-kira 5.00 pagi Isnin lepas.

“Suspek membawa pasukan polis ke sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir hadapan hotel itu dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemukan 16 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 16.6kg dianggarkan RM51,500 serta turut merampas wang tunai RM500.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ganja serta mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan jenayah,” katanya, sambil menambah suspek direman selama seminggu sehingga 11 Mei bagi membantu siasatan.– Bernama

Continue Reading

Previous: APMM tahan kapal tunda, gagal lapor pertukaran nakhoda
Next: Sindiket pemerdagangan manusia di Kalimantan Utara, 80 mangsa diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.