Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis lupus barangan berkaitan dadah, racun bernilai RM2.6 juta 
  • JENAYAH

Polis lupus barangan berkaitan dadah, racun bernilai RM2.6 juta 

Utusan Sarawak 8 months ago
DATO Mancha Ata ketika melihat barang kes dadah dan racun bernilai RM2.6 juta yang akan dilupuskan.

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak akan melupuskan barang kes dadah dan racun bernilai RM2.6 juta. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, proses pelupusan tersebut dilakukan di loji rawatan termal (insinerator) Trienekens Sarawak Sdn. Bhd. di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching di sini, hari ini. 

“Pelupusan ini melibatkan sebanyak 7,478 kes yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 dari 2017 hingga 2024.

“Kesemua kes ini telah selesai perbicaraan di mahkamah melibatkan 20 daerah di seluruh Sarawak.

“Antara barang kes yang dimusnahkan termasuklah 23,168.66 gram serbuk ekstasi, 17,131.03 gram syabu, 12,293.46 gram ganja, dan 8,500 gram daun ketum. 

“Selain itu, turut dimusnahkan adalah 2,421.01 gram pil Erimin 5, 1,982.64 gram pil Nospan, 724.95 gram ketamin, 132.38 gram pil ekstasi, 85.70 liter air ketum, serta 6,585 botol urin,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini. 

Tambah Mancha, pelupusan barang kes ini dilakukan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam pada itu, Mancha turut menegaskan bahawa komitmen JSJN PDRM untuk terus memerangi dadah, yang dianggap sebagai musuh nombor satu negara.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline JSJN di talian 012-2087222.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Warga asing disyaki edar dadah ditahan
Next: Polis siasat, pantau aktiviti GISB di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.