Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis keluarkan 54 saman dalam Ops Bersepadu
  • Tengah
  • WILAYAH

Polis keluarkan 54 saman dalam Ops Bersepadu

Utusan Sarawak 7 months ago

PEMERIKSAAN.....Polis menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah motosikal dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan, semalam. (Gambar Kredit IPD Sibu).

SIBU: Sebanyak 31 motosikal dan 37 individu diperiksa dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, operasi bersepadu itu yang bermula mulai jam 4 petang hingga 8 malam, melibatkan 23 anggota dan dijalankan di kawasan Sibu Jaya, Kemuyang dan Permai.

“Pihak polis mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan, termasuk ubah suai ekzos, tiada lesen memandu, dan penggunaan nombor plat tidak mengikut peraturan,” katanya dalam kenyataan menerusi facebook rasmi IPD Sibu, hari ini.

Katanya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. 

“Tiada tangkapan atau rampasan dibuat, dan cuaca yang baik membantu kelancaran tugas di lapangan. 

“PDRM Sibu menekankan pentingnya operasi ini untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kegiatan samseng jalanan di daerah ini,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Sembilan persatuan, NGO terima peruntukan khas
Next: Masyarakat perlu bekerjasama jaga kesihatan awam, alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.