Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis buru suspek kes samun di Kampung Segong
  • JENAYAH

Polis buru suspek kes samun di Kampung Segong

Utusan Sarawak 2 years ago

Selaras senapang patah dan sebutir peluru 12 bore yang ditinggalkan suspek di tepi jalan di Kampung Segong, Bau malam tadi.

BAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat memburu seorang suspek yang melakukan samun menggunakan senapang patah di Kampung Segong, Bau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pukul 7.10 malam.

“Siasatan awal mangsa (lelaki, 25 tahun) mengatakan, semasa mangsa sedang berada di rumahnya tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali telah masuk ke dalam rumah dan terus mengacukan selaras senapang patah ke dada mangsa untuk meminta duit dan menyebabkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Akibat pergelutan, suspek telah terjatuh dan mangsa melarikan diri ke rumah saudaranya untuk meminta tolong.

“Suspek dilihat melarikan diri ke arah jalan raya dan menahan serta mengacukan senapang patah kepada seorang lelaki (berusia 28) yang sedang menunggang motosikal dan menyebabkan motosikal yang ditunggang hilang kawalan. Lelaki tersebut menyelamatkan diri dan suspek telah menaiki motosikal melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihak polis turut menjumpai selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri dan sebutir peluru 12 bore yang ditinggalkan suspek di tepi jalan.

“Anggaran kerugian mangsa adalah kehilangan sebuah motosikal Yamaha Y15 warna kelabu anggaran RM12, 000 dan sebuah telefon bimbit jenis Oppo anggaran RM400,” katanya lagi.

Oleh itu, satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sepasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Bau dan IPK Sarawak telah digerakkan bagi mengesan suspek.

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai turut mengesan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna kelabu, nombor pendaftaran QCK4219. Jika dijumpai, mohon hubungi KBJSD Bau, ASP Francis (012-7100711).

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Polis masih siasat kes guna gambar Fadillah
Next: Polis berkas suspek utama kes samun Jalan Stutong kurang 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.