Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis berjaya tangkap lelaki pecah masuk kedai, curi dalam bangunan   
  • JENAYAH

Polis berjaya tangkap lelaki pecah masuk kedai, curi dalam bangunan   

Utusan Sarawak 7 months ago
BARANG RAMPASAN…. Antara barang rampasan oleh pihak polis yang disyaki digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah pecah kedai dan curi dalam bangunan di kawasan Daerah Sarikei. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei berjaya menangkap seorang lelaki warganegara tempatan yang disyaki melakukan jenayah pecah masuk kedai dan mencuri dalam bangunan di sekitar kawasan Daerah Sarikei, lebih kurang 5.30 petang, semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis berkata, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Balai Polis Pusat Sarikei menangkap suspek berumur 42 tahun tersebut di tepi Jalan Sentebu, Taman Susur Jambu. 

“Pihak polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan serangkai anak kunci yang disyaki digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah pecah kedai dan curi dalam bangunan di kawasan Daerah Sarikei. 

“Suspek telah di reman selama lima hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat dalam melakukan tujuh kes pecah masuk dan curi dalam bangunan yang dilaporkan berlaku dalam Daerah Sarikei sejak Julai 2024 sehingga Oktober 2024.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua daripadanya di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan satu kes di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. 

“Saringan air kencing suspek telah dijalankan dan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya. 

Tegasnya, siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak polis untuk melengkapkan siasatan bagi menuduh suspek di mahkamah.

“Pihak polis akan meningkatkan tahap keselamatan masyarakat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Pekerja swasta rugi RM202,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Next: Polis berkas lelaki disyaki edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.