Polis Bau tahan lelaki disyaki terlibat judi dalam talian

Facebook
WhatsApp
SUSPEK ditangkap di kafe dan peralatan judi yang dirampas daripadanya.

BAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian menerusi Op Dadu di sebuah kafe di Jalan Jambusan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide Bin A Rahman berkata, tangkapan dibuat sekitar 2.00 petang hari ini di premis King Kafe, Bangunan Fook Onn.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Bau telah menjalankan pemeriksaan di premis tersebut dan memeriksa seorang lelaki tempatan yang berada di dalam kafe berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas telefon pintar milik suspek, polis menjumpai satu aplikasi judi dalam talian yang dipasang pada peranti tersebut. Suspek kemudian ditangkap dan barang rampasan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Suspek berusia 27 tahun dari Paku, Bau itu ditahan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Polis turut merampas sebuah telefon pintar Realme 6 dan wang tunai berjumlah RM56 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan perjudian tersebut.

Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan perjudian.

Beliau menambah, suspek telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik untuk ujian saringan air kencing serta tindakan lanjut memandangkan mempunyai rekod tangkapan sebelum ini.

“Kes ini dianggap selesai dengan adanya tangkapan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari