Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang hempap bumbung rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Pokok tumbang hempap bumbung rumah

Utusan Sarawak 4 months ago
POKOK TUMBANG….Anggota APM Sarikei memotong dahan pokok tumbang di Lorong 2, Jalan Bangunan Kerajaan. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Pokok tumbang telah menghempap bumbung bahagian belakang sebuah rumah di Lorong 2, Jalan Bangunan Kerajaan, di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.07 pagi tadi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi.

“Sampai di lokasi, didapati pokok tumbang telah menghempap bumbung bahagian belakang rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan APM Sarikei memotong pokok tumbang dan mengalihkan dahan pokok tumbang ke tempat selamat.

“Operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang selesai dalam tempoh lebih kurang 58 minit.

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 10.17 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 47 mangsa kini ditempatkan di PPS SMK Tatau
Next: Lima kawasan rendah berisiko banjir dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.