Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM terima RM4.6 juta untuk tabung Covid-19
  • NASIONAL

PM terima RM4.6 juta untuk tabung Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 3 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima sumbangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung COVID-19 dari sektor korporat di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA Mohamed Zahari Razali (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4.6  juta untuk Tabung Covid-19 daripada empat syarikat, menjadikan jumlah terkumpul wang tunai tabung itu sebanyak RM19.52 juta setakat ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk  Zainal Abidin Ahmad mewakili Perodua menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2 juta kepada perdana menteri.

Sapura Holdings Sdn Bhd yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Tan Sri Shahril Shamsuddin juga menyampaikan sumbangan  RM1 juta.

Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd pula menyumbang sebanyak RM1 juta dan sumbangan syarikat itu disampaikan kepada Muhyiddin oleh Pengarah Eksekutifnya Ng Lee Tieng.

Kwong Wah Yit Poh Press  Berhad yang diwakili Penolong Ketua Editornya Jimmy Ng pula menyumbang sebanyak RM600,000.

Pada majlis sama Muhyiddin turut menerima sumbangan Kumpulan RHB Bank Berhad sebanyak RM1 juta yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu Datuk Khairussaleh Ramli.

Sumbangan wang tunai RHB dikreditkan dalam Tabung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain wang tunai, perdana menteri turut menerima sumbangan dalam bentuk peralatan kesihatan iaitu 20 unit ventilator bernilai RM3.9 juta daripada Mah Sing Group Berhad.

Sumbangan Mah Sing Group disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum.

 Replika cek sumbangan wang tunai dan ventilator disampaikan kepada perdana menteri di bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Sumbangan yang diterima dari keenam-enam syarikat semalam ialah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani wabak Covid-19. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ingkar PKP: Polis KL buka 105 kertas siasatan
Next: “Roadkill” ancam populasi tapir di Johor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.