
DARO: Majlis Berambeh Berbuka Puasa bersama Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) menjadi platform untuk memupuk perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan kakitangan dan ahli majlis pihak majlis tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, penganjuran majlis tersebut menggunakan pendekatan yang kreafif dan unik.
“Majlis ini diadakan berdekatan dengan tapak bazar Ramadan, yang mana juadah untuk berbuka diperolehi daripada gerai-gerai di bazar tersebut.
“Ini secara langsung memberikan sokongan kepada para penjaja,” katanya pada majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Tapak Pesta Daro.
Beliau memberitahu, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menghargai sumbangan kakitangan pihak MDMD.
“Majlis pada kali ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli majlis (MDMD),” katanya.
Oleh Akun Giman