Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKPB boleh dilaksanakan di zon hijau
  • TEMPATAN

PKPB boleh dilaksanakan di zon hijau

Utusan Sarawak 5 years ago
TAN Sri Datuk Amar James Jemut Masing

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Kebenaran pembukaan sektor ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menjadi masalah bagi kawasan zon hijau, namun langkah berjaga-jaga serta norma baharu tetap perlu dipatuhi. 

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing bersetuju pengumuman tersebut, kerana pembukaan yang dilaksanakan secara perlahan dan stabil, ini penting dan bagus bagi aktiviti ekonomi selain membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. 

“Namun operasi perniagaan yang dibenarkan beroperasi untuk terus memainkan peranan serta mematuhi segala SOP dan peraturan yang ditetapkan.

“Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka kegiatan ekonomi adalah betul, termasuk keputusan untuk tetap melarang aktiviti yang memerlukan jarak dekat antara orang, seperti perhimpunan keagamaan, sukan yang bersentuhan dan persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 4 Mei nanti.

Tegasnya, mereka yang dibenarkan beroperasi haruslah mengikuti peraturan dan jangan terlalu tamak kerana jika kita kalah PKP akan dilaksanakan semula pada masa akan datang dan kita harus bermula semula dari awal. 

Beliau turut berkata bagi bagi pembukaan premis makanan di zon merah di seluruh negara adalah perlu dikaji dahulu

“Sebelum vaksin dijumpai, kita tidak dapat melaksanakan sepenuhnya serta menjalani kehidupan normal sebelum ini,” ujarnya.  

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui meninggal di bilik sewa
Next: Perasaan resah berakhir gembira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.