TEHRAN: Pilihan raya parlimen pusingan kedua Iran bermula pada
Jumaat.
Mereka yang layak akan mengundi di 3,100 saluran di 10 kawasan di
seluruh negara, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Kira-kira 100 ribu orang kakitangan ditugaskan untuk memastikan pilihan
raya berjalan lancar.
Pilihan raya pusingan kedua itu ditangguhkan pada Mac kerana penularan
Covid19.- Bernama