Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pili bomba perlu dalam keadaan baik
  • TEMPATAN

Pili bomba perlu dalam keadaan baik

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN PILI… Anggota bomba memeriksa pili bomba bagi memastikan pili bomba tersebut berfungsi dengan baik.

SARIKEI: Pili bomba yang berfungsi dengan baik amat penting bagi pihak bomba dalam menjalankan tugas operasi kebakaran di kawasan perumahan atau perkilangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, oleh sebab itu pihaknya sentiasa memeriksa pili bomba dari masa ke semasa bagi memastikan pili bomba dalam keadaan baik dan memuaskan.

“Kita tidak mahu sekiranya berlaku kebakaran, pili bomba dalam keadaan rosak dan tidak dapat digunakan.

“Terdapat 1,209 pili bomba dibawah kawasn jagaan BBP Sarikei, oleh itu kita sentiasa mengadakan pemeriksaan pili bomba dikawasan jagaan kita.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jumlah pemeriksaan pili bomba dari Januari dan Februari 2020 adalah sebanyak 240 unit pili. Pemeriksaan semula dilakukan bermula 19 Mei dan setakat ini sebanyak 61 unit pili telah diperiksa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Jelasnya, bagi memastikan pili bomba sentiasa dalam keadaan baik, kerjasama dari masyarakat awam bagi memastikan pili bomba di kawasan perumahan mereka berfungsi dengan baik.

“Bagi masyarakat awam yang ingin mendaftar sebagai Teman Pili Bomba, kami alu-alukan mereka mendaftar sebagai Teman Pili Bomba.

“Sekiranya terdapat aktiviti vandalisme pili bomba atau pili bomba tidak berfungsi di kawasan perumahan mereka, mereka boleh menghubungi pihak bomba,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kelmarin pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan pili bomba di kawasan Nyelong.

“Tiga anggota bomba telah melakukan pemeriksaan dan membersihkan pili bomba di kawasan tersebut bermula jam 2.30 petang” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JHEV jejak balu veteran perang
Next: Pos Sempadan Merapok sesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.