Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pickleball curi tumpuan,11 sekolah Sibu pelopor kelab sukan baharu
  • SUKAN

Pickleball curi tumpuan,11 sekolah Sibu pelopor kelab sukan baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK KENANGAN… Joseph Chieng merakam kenangan bersama para tetamu yang hadir pada majlis penubuhan kelab sukan pickleball melibatkan 11 sekolah di Sibu, semalam.

SIBU: Penubuhan kelab sukan pickleball pertama di 11 sekolah di bahagian Sibu merupakan langkah signifikan ke arah pembangunan holistik pelajar serta kemajuan bidang sukan di Sarawak.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Methodist, SMK Sacred Heart, SMK Bukit Assek, SMK St. Elizabeth, SMK Tung Hua, SMK Deshon, Catholic High School, SM Wong Nai Siong, SMK Sungai Merah, SMK Bandar Sibu dan Woodland International School.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkenalkan sukan baharu kepada pelajar, tetapi turut membuka ruang untuk mereka mengasah potensi diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek turut hadir menyaksikan majlis penubuhan kelab tersebut, semalam.

“Saya amat berbesar hati menyaksikan penubuhan kelab sukan ini, yang menjadi satu titik penting dalam usaha mempromosi serta memperkukuh kedudukan pickleball dalam kalangan belia,” katanya.

“Kami amat mengalu-alukan penyertaan semua sekolah dalam menubuhkan kelab pickleball masing-masing,” tambah beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Sudirman 2025: Malaysia diundi bertemu China pada suku akhir
Next: Fernandes bawa United selangkah ke final Liga Europa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.