Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia: RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran perlawanan Perancis-Senegal di RTMKlik
  • SUKAN

Piala Dunia: RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran perlawanan Perancis-Senegal di RTMKlik

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Senegal, pada 3 pagi tadi.

Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran, Ashwad Ismail berkata gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal luar jangka, yang menyebabkan sebahagian pengguna mengalami kesukaran untuk mengakses siaran secara lancar melalui RTMKlik.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan teknikal RTM bersama pihak penyedia teknologi telah mengambil tindakan bagi memulihkan perkhidmatan dengan kadar segera.

“RTM amat memahami kekecewaan para peminat sukan bola sepak yang menantikan perlawanan tersebut. Pihak kami amat menghargai kesabaran, sokongan dan maklum balas yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai penyiar rasmi kejohanan paling berprestij dunia itu, Ashwad berkata RTM sentiasa komited untuk memastikan pengalaman tontonan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk melaksanakan langkah pengukuhan infrastruktur dan sistem penyiaran digital setiap masa bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal daripada berulang. 

“RTM sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan akan terus berusaha memastikan kelancaran siaran kesemua 104 perlawanan (94 siaran langsung, 10 siaran tertunda) Piala Dunia FIFA 2026 dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan lebih lancar dan berkualiti,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lebih sejuta penonton hadir 16 perlawanan pembukaan Piala Dunia – FIFA
Next: Mbappe pemain ‘luar biasa’ – Deschamps

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.