PGA Sarawak rampas barangan bernilai RM18.34 juta, 19 individu ditahan

Facebook
WhatsApp
PELBAGAI produk sejuk beku, bawang dan kayu balak yang keseluruhan bernilai RM18.34 juta berjaya dirampas.

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai produk sejuk beku, bawang dan kayu balak yang keseluruhan bernilai RM18.34 juta menerusi Ops Taring Chiller, Ops Taring Batas dan Ops Taring Libas yang dijalankan dari 1 hingga 28 Februari lepas.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata menerusi Ops Taring Batas, enam warga asing dan seorang warga tempatan ditahan di sekitar Daerah Serian, Sri Aman dan Bau kerana cuba memasuki Malaysia tanpa dokumen sah serta dipercayai terlibat dalam penyeludupan barang kawalan dan produk sejuk beku.

“Rampasan melibatkan 3,200 kilogram (kg) bawang merah, 300 kg produk sejuk beku, wang tunai, telefon bimbit serta beberapa kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata menerusi Ops Taring Chiller pula, 10 warga tempatan ditahan dalam beberapa serbuan di Saratok, Miri, Sibu, Kota Samarahan dan Limbang.

Beliau berkata rampasan melibatkan sebanyak 136,402 kg pelbagai jenis produk sejuk beku selain sebuah stor sejuk beku, forklift, mesin pemprosesan dan beberapa kenderaan.

“Sementara itu, dalam Ops Taring Libas di Selangau, dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan tanpa permit sah. Rampasan melibatkan 26 batang kayu balak serta jentera berat dengan nilai dianggarkan melebihi RM2 juta,” katanya. – Bernama

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari