Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petros sedia bincang kerjasama dengan Petronas – Fadillah
  • TEMPATAN

Petros sedia bincang kerjasama dengan Petronas – Fadillah

Utusan Sarawak 2 months ago
GAUL BERSAMA... Dato Sri Fadillah Yusof bersama kenamaan lain semasa merasmikan majlis Pengagihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra (KJM) DBKU di Kompleks Sukan Satok Jepang, Kuching hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerjasama antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) masih dalam peringkat perbincangan bagi mengatasi isu antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata pihak Petros telah menghantar surat kepada Petronas dalam minggu ini bagi membincangkan susunan komersial, undang-undang kerjasama, pentadbiran dan perincian kerjasama ini.

Jelas beliau, setelah mendapat kesepakatan dalam rundingan berkenaan, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menilai semula hasil rundingan sebelum dimuktamadkan sepenuhnya.

“Bahagian perincian, belum lagi tetapi Petros telah menulis surat kepada Petronas untuk menyelesaikan perinciannya dan diharapkan mereka boleh mencapai persetujuan, bahagian perinciannya.

“Hanya selepas itu, Perdana Menteri dan Premier Sarawak akan melihat semua perinciannya, tetapi buat masa ini, biar Petros dan Petronas menyelesaikan semua perincian tersebut, termasuk pengaturan komersial, bagaimana menterjemahkan undang-undang yang boleh mewujudkan kerjasama dalam pentadbiran dan juga bahagian perinciannya.

“Ia perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, jadi saya percaya Petros telah menulis surat dalam minggu ini untuk menawarkan jalan penyelesaian kepada Petronas, dan kami masih menunggu respons daripada mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Pengagihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Kompleks Sukan Satok Jepang, di sini hari ini.

Beliau telah mengagihkan sebanyak 500 pek bubur pedas kepada orang awam manakala Sumbangan Khas Ramadan kepada 75 asnaf kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, anjuran Kompleks Sukan Satok dan Bank Muamalat turut diadakan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman serta tetamu kehormat lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rangkuman: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuching
Next: Imarahkan Ramadan melalui Program Jerayawara Bubur Lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.