Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Spirit Airlines ditembak di Haiti, pramugari cedera
  • GLOBAL

Pesawat Spirit Airlines ditembak di Haiti, pramugari cedera

Utusan Sarawak 6 months ago

Antara pesawat milik Spirit Airlines. Foto AFP

MOSCOW: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Spirit Airlines ditembak ketika cuba mendarat di Port-au-Prince, Haiti menyebabkan seorang kru cedera, lapor Miami Herald memetik jurucakap syarikat itu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Tembakan dilepaskan oleh kumpulan penjenayah Haiti pada Isnin, memaksa pesawat untuk mengubah haluan pendaratannya ke Republik Dominika. 

Seorang pramugari dilaporkan cedera ringan.

“Kami telah menggantung perkhidmatan di Port-au-Prince dan Cap-Haïtien sementara menunggu penilaian lanjut,” kata jurucakap Spirit Airlines kepada media itu.

Haiti kini dibelenggu krisis sosioekonomi dan politik yang semakin meruncing, terutamanya selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.

Negara itu juga menyaksikan peningkatan dalam aktiviti keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah, termasuk pemerasan dan penculikan.– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: PM Najib minta sokongan antarabangsa segera
Next: Trump pilih Musk ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan yang baharu 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.