Pesawat pejuang Myanmar terhempas selepas dilanggar burung semasa latihan

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan

YANGON: Sebuah pesawat pejuang milik Tatmadaw (Udara), Angkatan Tentera Udara Myanmar, terhempas selepas dilanggar burung semasa menjalani penerbangan latihan di wilayah Yangon, Myanmar, awal Isnin, menurut televisyen milik tentera, Myawaddy TV, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku pada sekitar 5.16 pagi waktu tempatan berhampiran kampung Nyaunghnapin di perbandaran Hmawbi, menurut Myawaddy TV.

Seekor burung memasuki enjin pesawat itu, mencetuskan kebakaran yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas, memetik laporan itu sambil memaklumkan juruterbang berjaya melenting keluar dengan selamat selepas mengemudi pesawat menjauhi kawasan kediaman.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi keselamatan yang perlu di sekitar lokasi nahas. Tiada anggota krew yang cedera dalam insiden itu. – Bernama