Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perutusan: Kenang, hargai perjuangan pemimpin terdahulu – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Perutusan: Kenang, hargai perjuangan pemimpin terdahulu – Awang Tengah

Utusan Sarawak 9 months ago

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu mengenang dan menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Timbalan Premier Sarawak berkata pengorbanan besar mereka telah membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan rakyat hidup bersatu padu sehingga hari ini. 

“Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, 

“Saya berharap agar kita semua akan dapat memahami signifikan sambutan Hari Kebangsaan. 

“Oleh itu, marilah kita membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda, terus melakar kejayaan demi kejayaan tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba menggangu dan menggugat kestabilan politik kita di Malaysia khususnya di Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam perutusam sempena Hari Kebangsaan 2024.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat di negeri ini agar terus mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwi bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Perutusan: Kukuhkan semangat ‘Segulai, Sejalai’ sempena Hari Kebangsaan
Next: Sarawak Metro meneruskan kempen keselamatan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.