Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan MRP RM10,000 sokong empat kelab IPD Meradong jalankan aktiviti tahun ini 
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan MRP RM10,000 sokong empat kelab IPD Meradong jalankan aktiviti tahun ini 

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Datuk Ding Koung Hiing menerima cenderamata daripada Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi. 

BINTANGOR: “Saya berasa amat bangga kerana Meradong mempunyai pasukan polis yang sentiasa menjaga keselamatan kita di sini.”

Itu antara penghargaan dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong, hari ini.

Koung Hiing turut mengumumkan sumbangan berjumlah keseluruhan RM10,000 melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi menyokong empat kelab IPD Meradong menjalankan aktiviti tahunan untuk tahun ini. 

“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk kebajikan warga IPD Meradong serta menyokong aktiviti yang dapat memantapkan semangat kekitaan dalam pasukan,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

UNTUK ALBUM… Warga IPD Meradong bergambar bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, KPD Meradong DSP Sekam Anoi, dan Datuk Ding Koung Hiing. 

Menurut Koung Hiing, pengorbanan warga polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. 

“Pihak polis banyak berkorban untuk negara. 

“Saya yakin dan berharap agar warga polis IPD Meradong akan terus mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang di daerah ini,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50 anggota IPD Miri terima penghargaan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218
Next: RM20,000 untuk kelab, persatuan IPD Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.