Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perubahan laluan di persimpangan ke Lundu WPC02 mulai 15 Mei ini
  • TEMPATAN

Perubahan laluan di persimpangan ke Lundu WPC02 mulai 15 Mei ini

Utusan Sarawak 2 years ago

LUNDU: Perubahan laluan di persimpangan ke Lundu WPC02 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) akan dilaksanakan bermula 10.00 pagi pada 15 Mei ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Unit LPB menerusi siaran media memaklumkan, perubahan laluan melibatkan lokasi CH23+500 (KM54.135) iaitu pengguna jalan raya disarankan untuk menggunakan laluan di Kampung Stunggang Melayu untuk ke Bau atau Sematan.

Menerusi siaran media, pihak JKR Unit LPB juga menyatakan sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumkan oleh kontraktor.

Justeru, para pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat dan patuhi segala pengurusan trafik dengan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.

Orang ramai boleh menghubungi Unit LPB JKR Sarawak di talian 082-230879 atau Tania 011-19339248 untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik bagi lokasi terlibat tersebut.

Continue Reading

Previous: Penemuan Mayat: Polis Bintawa minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai
Next: Rabies ragut satu lagi nyawa di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.