Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persimpangan Jalan Alan ditutup 3 – 5 Februari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Persimpangan Jalan Alan ditutup 3 – 5 Februari ini

Utusan Sarawak 3 months ago
PELAN lokasi yang akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan paip.

SIBU: Persimpangan Jalan Alan di sini akan ditutup sepenuhnya mulai 10.00 malam pada 3 Februari hingga 5.00 pagi pada 5 Februari.

Lembaga Air Sibu (LAS) berkata, penutupan ini dilakukan bagi membolehkan kerja penggalian jalan dan pemasangan paip utama berukuran 1,200 mm yang dilapisi simen keluli ringan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk memasuki dan keluar dari Jalan Alan sepanjang tempoh pembinaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, LAS berharap semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan keselamatan yang disediakan.

“Kontraktor kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan kerja secepat mungkin.

“Sekiranya keadaan cuaca atau keadaan tapak tidak mengizinkan, kerja akan dijalankan pada hari yang tersedia seterusnya.

“Kerjasama penuh anda amat dihargai, dan kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline Lembaga Air Sibu di 013-810 6311.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 102 kakitangan Larsen & Toubro East Asia sertai minggu keselamatan
Next: TBC medium erat perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.