KUCHING: Persidangan hari keenam Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 bermula 9.05 pagi ini.
Ia dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.
Mohd Asfia memaklumkan empat menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir persidangan hari ini iaitu Timbalan Premier merangkap ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing (29 hingga 30 November), ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang serta ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi (29 November hingga 1 Disember)
Antara yang berlangsung hari ini ialah, sambungan perbahasan atas bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan usul merujuk resolusi anggaran perbelanjaan pembangunan bagi 2023.
Dalam pada itu, turut diadakan penggulungan oleh para menteri iaitu dari Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Datuk Roland Sagah Wee Inn), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Datuk Julaihi Narawi), Menteri di Jabatan Premier (Datuk John Sikie Tayai) serta Menteri Pengangkutan (Dato Sri Lee Kim Shin).
Oleh NUR AIN OTSMAN