Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Persiapan istiadat pengebumian negara Tun Abdullah lancar
  • NASIONAL

Persiapan istiadat pengebumian negara Tun Abdullah lancar

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ANGGOTA Tentera Diraja Malaysia turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini berjalan lancar.

Tinjauan Bernama di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.

Pengamal media daripada pelbagai agensi turut berkumpul seawal 7.30 pagi untuk membuat liputan Istiadat Pengebumian bekas Perdana Menteri itu.

Pintu masuk utama ke Makam Pahlawan turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran upacara pengebumian.

Anggota Tentera Diraja Malaysia turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Abdullah pemimpin merendah diri, tidak suka cerita keburukan orang – Annuar
Next: Media berkumpul awal di kediaman Tun Abdullah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.