Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Persiapan Hari Kebangsaan berjalan lancar
  • ADVERTORIAL

Persiapan Hari Kebangsaan berjalan lancar

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Persiapan dan persediaan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini, berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

Tinjauan Bernama semalam mendapati kerja-kerja memasang khemah, kerusi pentas, layar skrin gergasi, pemasangan kerusi teres bertingkat dan kerja-kerja membaik pulih persekitaran di kawasan berlangsungnya sambutan itu sedang giat dijalankan.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, semua kerja-kerja persiapan dan persediaan ini sudah dimulakan sejak dua minggu lepas.

“Banyak kerja-kerja teknikal sudah hampir siap termasuklah pentas persembahan manakala pemasangan layar skrin gergasi akan disiapkan dalam tempoh dua hari,” katanya kepada Bernama.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum ini memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.   

Tema bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM
Next: Kerajaan tidak peluk tubuh • Bantu Keluarga Malaysia depani kos sara hidup, inflasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.