Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permohonan BKK akan dibuka mulai 1 Mei, dikreditkan dalam dua fasa pembayaran
  • SEMASA

Permohonan BKK akan dibuka mulai 1 Mei, dikreditkan dalam dua fasa pembayaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Dr Annuar Rapa’ee (tengah) bersama Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin (kiri) dan Penolong Ketua Pengarah Yayasan Sarawak, Zamahari Saidi (kanan) selepas sesi sidang media, hari ini.

PETRA JAYA: Pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) kini berpeluang menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) berjumlah RM1,200 setahun yang akan dikreditkan dalam dua fasa pembayaran, masing-masing RM600 setiap enam bulan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas. 

“Walaupun inisiatif ini telah diumumkan semasa program Lan Berambeh Anak Sarawak dan diperincikan dalam ucapan belanjawan, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya di media sosial berkaitan pelaksanaannya,” katanya ketika sidang media berhubung pelaksanaan BKK di Wisma Adenan Yayasan Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan pengumuman asal, BKK ditujukan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan per kapita.

Namun, semasa ucapan penggulungan Premier Sarawak, bantuan itu diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang pendapatan, selagi memenuhi syarat kelayakan lain.

Permohonan untuk BKK akan dibuka mulai 1 Mei 2025 hingga akhir bulan tersebut menerusi portal pendaftaran dalam talian yang akan diaktifkan pada tarikh berkenaan. 

Sekiranya pelajar gagal mendaftar dalam tempoh itu, satu lagi sesi pendaftaran akan dibuka pada September 2025, dengan tarikh khusus akan dimaklumkan kelak.

Pelajar yang memohon perlu mengemukakan semua maklumat diperlukan untuk tujuan pengesahan oleh Yayasan Sarawak, termasuk pengesahan daripada pihak universiti bahawa mereka merupakan pelajar aktif.

“Pelajar perlu mendaftar Sarawak ID dan memastikan mereka mempunyai akaun SPay Global yang aktif kerana pengkreditan bantuan akan dilakukan melalui platform tersebut,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa wang yang dikreditkan ke dalam akaun SPay Global itu tidak boleh dikeluarkan secara tunai, sebaliknya digunakan untuk transaksi dalam talian atau pembayaran menggunakan aplikasi berkenaan.

Pelancaran rasmi BKK akan disempurnakan oleh Premier Sarawak pada 28 Jun kelak, dan pembayaran akan dibuat kepada pelajar yang berjaya memohon. 

Bagi melayakkan diri, pelajar mestilah rakyat Sarawak atau sekurang-kurangnya mempunyai salah seorang ibu atau bapa yang berasal dari Sarawak. Mereka juga perlu mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pelajar separuh masa, serta pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), tidak layak memohon bantuan ini.

Mengulas lanjut, Dr Annuar berkata, dianggarkan seramai 60,000 pelajar Sarawak akan menerima manfaat daripada bantuan tersebut, yang akan disalurkan setiap tahun sepanjang tempoh pengajian masing-masing.

Pelajar yang menepati syarat boleh mengunjungi laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/termasuk untuk maklumat lanjut.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Entiti tunggal bekalan air: Pencen, gaji, KWSP lebih lebih – Julaihi
Next: Tiada lagi serahan dokumen statutori SSM secara fizikal bermula 1 Jun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.