Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perlu campur tangan pihak ketiga ambil alih MASwings – Abang Johari
  • SEMASA

Perlu campur tangan pihak ketiga ambil alih MASwings – Abang Johari

Utusan Sarawak 5 months ago

Abang Johari (tiga kanan) merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak memerlukan campur tangan pihak ketiga bagi menyelesaikan perbezaan penilaian aset antara pihak terlibat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun persetujuan prinsip telah dicapai dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), proses rundingan masih tergendala akibat perbezaan tersebut.

“Kita sudah bersetuju secara prinsip, tetapi kedua-dua pihak mempunyai penilaian berbeza terhadap aset MASwings. 

“Kedua-dua pihak mempunyai

juruaudit masing-masing, dan sekarang kita sedang dalam proses rundingan. Untuk menyelesaikan isu ini, kita memerlukan pihak ketiga untuk membuat penilaian terhadap aset MASwings,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society di sini, hari ini.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak berharap proses penilaian dan rundingan ini dapat diselesaikan menjelang suku pertama 2025.

Beliau turut menyatakan harapan agar proses ini dapat dipercepatkan, memandangkan ia melibatkan urusan antara kerajaan (G2G).

“Kita berharap semuanya dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya awal tahun depan, mungkin pada Januari, Februari, atau Mac.

“Pada suku pertama 2025, segala-galanya sepatutnya selesai, hanya beberapa penyesuaian kecil sahaja yang masih perlu dibuat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin memaklumkan bahawa perjanjian jual beli bagi pengambilalihan MASwings dijangka ditandatangani sebelum 31 Disember tahun ini.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh ini telah ditetapkan dalam perjanjian asas antara kerajaan Sarawak dan syarikat induk MASwings, Malaysia Aviation Group (MAG).

“Selepas perjanjian ditandatangani, pemindahan hak milik MASwings dari MAG kepada kerajaan Sarawak akan mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu,” katanya semasa ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November lalu.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Sarawak simpan dahulu ‘emas hitam’, jaga alam sekitar
Next: Langkah ke tahun baharu dengan semangat lebih kuat demi kesejahteraan bersama – TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.