Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perlawanan Perancis-Iraq ditangguhkan akibat amaran cuaca buruk
  • SUKAN

Perlawanan Perancis-Iraq ditangguhkan akibat amaran cuaca buruk

Utusan Sarawak 5 hours ago
HUJAN turun ketika perlawanan Piala Dunia 2026 Kumpulan I antara Perancis dan Iraq di Stadium Philadelphia, Philadelphia pada 22 Jun 2026. Foto AFP

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat: Perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Iraq ditangguhkan pada waktu rehat separuh masa sebentar tadi susulan amaran cuaca buruk, manakala para penyokong diarahkan mendapatkan perlindungan berikutan ancaman ribut petir yang menghampiri kawasan stadium.

PENYOKONG mengenakan baju hujan ketika waktu rehat separuh masa perlawanan Piala Dunia 2026 Kumpulan I antara Perancis dan Iraq di Stadium Philadelphia, Philadelphia pada 22 Jun 2026. Foto AFP

Seorang pegawai FIFA berkata, perlawanan yang berlangsung di Philadelphia dan bermula pada 9.00 malam GMT itu ditangguhkan sekurang-kurangnya selama 30 minit, termasuk tempoh rehat separuh masa yang dijadualkan selama 15 minit.

Perancis mendahului 1-0 ketika rehat dalam aksi Kumpulan I hasil jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-14.

SEORANG jurugambar memegang payung yang ditiup angin kencang ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 Kumpulan I antara Perancis dan Iraq ditangguhkan akibat cuaca buruk di Stadium Philadelphia, Philadelphia pada 22 Jun 2026. Foto AFP

Perlawanan bermula dalam keadaan cuaca baik sebelum hujan mula turun menjelang penghujung separuh masa pertama. Sebaik wisel rehat dibunyikan, para penyokong dimaklumkan supaya meninggalkan kawasan tempat duduk terbuka dan mendapatkan perlindungan di kawasan stadium yang berbumbung.

Sebahagian besar daripada kapasiti 68,324 tempat duduk di Lincoln Financial Field, yang dinamakan semula sebagai Stadium Philadelphia sempena kejohanan itu, tidak mempunyai bumbung. Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian besar penyokong berhimpun di ruang legar stadium untuk berlindung daripada hujan dan ribut yang menghampiri.

PENYOKONG menunggu dalam hujan ketika rehat separuh masa perlawanan Piala Dunia 2026 Kumpulan I antara Perancis dan Iraq di Stadium Philadelphia, Philadelphia pada 22 Jun 2026. Foto AFP

Insiden itu merupakan perlawanan pertama dalam edisi Piala Dunia kali ini yang ditangguhkan akibat ancaman cuaca buruk, dengan protokol keselamatan yang ketat dikuatkuasakan di Amerika Syarikat apabila ribut dikesan di kawasan sekitar.

Beberapa perlawanan dalam Piala Dunia Kelab yang berlangsung di Amerika Syarikat tahun lalu turut mengalami kelewatan berikutan keadaan cuaca buruk. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Messi pecah rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman
Next: Man Utd peroleh tanah, langkah signifikan untuk rancangan stadium baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.