Perkhidmatan Google tergendala di beberapa negara

Facebook
WhatsApp
GOOGLE….Perkhidmatan Google dilaporkan tidak dapat diakses hari ini oleh berjuta-juta pengguna di beberapa negara.

ISTANBUL: Perkhidmatan Google dilaporkan tidak dapat diakses hari ini oleh berjuta-juta pengguna di beberapa negara terutamanya di Eropah Tenggara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut laman pengesan gangguan DownDetector, laporan daripada pengguna yang menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan Google seperti YouTube, Gmail, Chrome, Maps, Google Translate dan lain-lain mula meningkat sekitar 10.00 pagi waktu tempatan (0700 GMT).

“Terdapat lonjakan laporan bermula 7.10 GMT. Sepanjang gangguan itu, kami menerima laporan dari Turkiye, Bulgaria, Greece, Georgia, Croatia, Serbia, Romania, Macedonia Utara, Armenia, Azerbaijan dan 16 negara lain,” menurut laman pengesan Outage.Report.

Beberapa pengguna turut melaporkan bahawa perkhidmatan penstriman audio Sweden, Spotify juga terjejas akibat gangguan berkenaan.

-Bernama

ICM 2026 pacu mikroelektronik Sarawak

PETRA JAYA: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Mikroelektronik ke-38 (ICM 2026), sekali gus membawa persidangan berprestij itu kembali